Apa itu bayi tabung PGD (IVF-PGD)? PGD adalah " pre-implantation genetic diagnosis " iaitu diagnosa gentika sebelum implantasi calon janin berlaku. Ia juga di kenali dengan PGT - M (Pre-implantation genetic testing for monogenetic desease). Penyakit keturunan bawaan mono-genetics seperti thalassemia atau hemofilia boleh di kesan lewat teknologi ini. Banyak lagi genetik penyakit lain termasuklah genetika kanker payudara boleh dikesan melalui teknologi ini! Namun saya lebih suka untuk fokus ke thalassemia kerana saya dan suami adalah calon yang paling layak untuk berbicara soal ini. Teknologi ini sekalian membantu pasutri yang kedua-duanya adalah pembawa sifat penyakit thalasemia untuk mempunyai harapan untuk memiliki momongan yang sihat. Bagi pasutri yang kedua-duanya adalah pembawa sifat thalassemia (juga dikenali sebagai thalassemia minor , thalassemia carrier atau non-tranfusion dependant thalassemia), sememangnya amat menggusarkan untuk punya momongan. Kalau a...